BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, hanya mempunyai baki dua kejohanan untuk mengutip mata kelayakan ke Final Jelajah Dunia BWF di Bali, Indonesia bulan depan.
Gandingan negara itu direhatkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) daripada menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Hylo di Jerman minggu ini bagi mendapatkan waktu rehat secukupnya sebelum menyertai Masters Indonesia bermula 16 November ini dan Terbuka Indonesia pada 23 November ini.
Aaron dan Wooi Yok kini berada di ranking ke-10 kelayakan ke Final Jelajah Dunia BWF dan perlu sekurang-kurangnya layak ke suku akhir bagi kedua-dua kejohanan itu sambil berharap beregu lain yang berada di ranking lebih baik keciciran mata.
Ini kerana hanya lapan beregu terbaik akan layak menyertai kejohanan penutup musim itu.
"Kami sememangnya berpeluang dalam Masters dan Terbuka Indonesia untuk berusaha ke Jelajah Dunia," kata Aaron kepada wartawan Nadi Arena, Adam Zamri.
"Cuma, kami berasa sedikit tidak puas kerana tidak dapat beraksi di Jerman minggu ini memandangkan peluangnya besar dan ramai pemain ternama tidak menyertainya.
"Jika kami dapat beraksi, peluang untuk ke Jelajah Dunia lebih tinggi.
"Jadi, untuk kejohanan di Indonesia itu, kami sekurang-kurangnya perlu layak ke suku akhir dalam kedua-dua kejohanan berkenaan.
"Mungkin, tekanannya agak tinggi untuk melayakkan diri ke Jelajah Dunia di sana," katanya.
Astro Arena
Fri Nov 05 2021
Aaron dan Wooi Yok kini berada di ranking ke-10 kelayakan ke Final Jelajah Dunia BWF. - Foto Astro ARENA
Kekejaman zionis: PBB beri amaran stok makanan di Gaza kehabisan
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kebuluran adalah risiko segera di Gaza dengan stok makanan kehabisan.
Kekejaman zionis: Israel mesti dihentikan! - Afrika Selatan di Mahkamah Dunia
Afrika Selatan gesa Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk perintahkan penghentian serangan Israel ke atas Rafah.
Kekejaman zionis: Liga Arab gesa gencatan senjata di Gaza
Pemimpin Arab menggesa gencatan senjata segera di Gaza, penarikan tentera Israel dan pembatalan sekatan terhadap orang awam di Gaza semasa sidang kemuncak Liga Arab, di Bahrain, pada Khamis.
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
Pengeluar automotif China BAIC lancar dua model kereta penumpang pertama di Malaysia
BAIC sasar buka 10 cawangan pengedar di seluruh negara tahun ini dengan yang pertama dikendalikan oleh Edaran Otomobil Elektrik (M) Sdn Bhd.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Malaysia tuan rumah Jelajah Dunia BWF Super 100
Malaysia antara tiga negara baharu yang disenaraikan sebagai tuan rumah untuk acara Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 100 bagi 2023 dan 2024.
Pearly-Thinaah mara ke perlawanan akhir Terbuka Perancis
Juara Sukan Komanwel 2022 itu berjaya menundukkan pasangan baharu dari Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee dengan 21-13, 21-17.
Jelajah Akhir BWF: Zii Jia bersedia, bebas kecederaan
Zii Jia berkata, dia sedia untuk kembali bangkit pada kejohanan tersebut setelah mendapat kelebihan apabila diundi dalam Kumpulan B.
Final Jelajah Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik harap kejaiban di Indonesia
Gandingan negara itu diberi rehat secukupnya sebelum menyertai Masters Indonesia bermula 16 Nov dan Terbuka Indonesia 23 Nov.
Soniia antara lima pemain senior digugurkan BAM selepas prestasi mengecewakan di Thailand
Antara pemain lain yang digugurkan oleh Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM ialah pasangan beregu campuran Goh Soon Huat, Shevon Lai dan Lai Pei Jing.
Terbuka Thailand: Zii Jia mampu cipta kejutan, kata Roslin
Pencabar yang bakal ditentang Zii Jia pernah ditundukkannya sebelum ini.